Skip to main content

SYARAT & PANDUAN

  • Kursus kokurikulum terbuka kepada semua pelajar penuh masa dan WAJIB diambil minimum 2 unit kredit mengikut keperluan U2 & U4 yang digariskan oleh MPU dan telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat ke - 249 pada 29 Januari 2018 berkuat kuasa mulai Sidang Akademik 2018/2019. Untuk Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, dan Pusat Pengajian Sains Pergigian, sila rujuk Pusat Pengajian masing-masing.
  • Semua Pelajar akan menyertai kegiatan kokurikulum tertakluk kepada struktur dan syarat-syarat pengijazahan yang ditetapkan oleh Pusat Pengajian masing-masing.
  • Untuk mendaftar sesuatu kursus di bawah Pusat Rancangan Kokurikulum, pelajar berkenaan hendaklah memenuhi semua keperluan atau syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh kegiatan tersebut.
  • Bagi setiap semester, seseorang pelajar dibenarkan mendaftar tidak melebihi daripada 2 kursus kokurikulum (yang tidak bercanggah waktu pertemuan).
  • Semua pelajar yang ingin menyertai kursus kokurikulum mesti mendaftar kegiatan tersebut mengikut syarat-syarat pendaftaran khusus bagi rancangan kokurikulum.
  • Pelajar yang ingin menambah kursus pada minggu pertama awal semester boleh memohon kepada Pusat Rancangan Kokurikulum dan akan dibenarkan menambah kursus kokurikulum yang berkenaan dengan kebenaran Pengarah/Timbalan Pengarah Kokurikulum Kampus.
  • Pengguguran kursus kokurikulum hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada hujung minggu pertama awal semester dengan alasan yang kukuh disokong oleh Pengerusi Rancangan Kokurikulum berkenaan. Selepas Minggu Pertama pelajar dikenakan denda RM50.00 (Lima Puluh Ringgit Malaysia) untuk menggugur setiap kursus. Minggu terakhir untuk menggugur kursus kokurikulum adalah minggu ke-6.
  • Bagi kursus-kursus kokurikulum yang dijalankan sepanjang dua semester, pelajar tidak dibenarkan menggugur kursus yang didaftar pada semester kedua. Pengguguran hanya dibenarkan dengan mendapat kelulusan Pengarah/Timbalan Pengarah Kokurikulum Kampus.
  • Semua pelajar yang mendaftar kursus berpakej, diwajibkan meneruskan penyertaan sehingga selesai segala keperluan kursus tersebut. Taekwondo dan Karate adalah kursus berpakej tiga semester. Palapes Tentera Darat, Palapes Tentera Laut, Palapes Tentera Udara, Kor Suksis, Silat Cekak dan Jazz Band adalah kursus berpakej tiga tahun. Pengguguran dalam kursus berpakej hanya dibenarkan atas sebab-sebab kesihatan atau kelulusan daripada Pengarah Pusat Racangan Kokurikulum atau Timbalan Pengarah Kokurikulum Kampus.