• Banner Taklimat KoK Sem 2 20222023

  • Banner

  • Logo KoK USM Banner 50 Years

  • Banner WUS 2019

  • Welcome Web KoK

Sekapur Sireh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, 

Saya dan seluruh warga staf Pusat Rancangan Kokurikulum (PRK), Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia ingin mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran anda sebagai siswa-siswi USM di kampus ini untuk meneruskan sesi pengajian masing-masing bagi Semester 2, Sidang Akademik 2022/2023.

    

 

Continue Reading

Makluman Terkini

TERKINI: TAKLIMAT & SESI PENYERAHAN PELAJAR KEPADA INSTRUKTOR KOKURIKULUM - SEM 2, 2022/2023 

Banner Taklimat KoK Sem 2 20222023

 

Untuk makluman kepada para pelajar yang telah mendaftar kursus kokurikulum bagi Semester 2, Sidang Akademik 2022/2023, satu sesi taklimat & penyerahan pelajar kepada instruktor kursus terlibat akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 5 April 2023, Rabu

Lokasi: Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM

Masa: 2.30 - 4.00 Petang

Kod Pakaian: Mengikut garis panduan pemakaian yang dikeluarkan oleh pihak universiti

Kehadiran para pelajar yang terlibat adalah WAJIB.

Sekian, terima kasih.

To international students:

Briefing and Hand Over Session to Coccurriculum Intructors Semester 2, 2022/2023.

Date: 5 April 2023, Wednesday

Venue: Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM

Time: 2.30 - 4.00 PM

Attendance with valid university dress code is compulsory!

 

(Tarikh dimasukkan: 28 Mac 2023 - Dr. Azam) (Dikemaskini: 3 April 2023 - Perubahan Lokasi)

 

 

TERKINI: PENGGUGURAN DAN RAYUAN PENDAFTARAN KURSUS KOKURIKULUM KAMPUS KEJURUTERAAN SEM 2, 2022/2023  

 

KEPADA:

Semua Pelajar Ijazah Sarjana Muda 

Kampus Kejuruteraan

Universiti Sains Malaysia

  

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera, 

Untuk makluman, rayuan kursus kokurikulum  bagi Semester 2, Sidang Akademik 2022/2023 boleh dibuat di Pejabat PRK Kampus Kejuruteraan bermula dari jam 0900, 27 Mac 2023 sehingga jam 1200, 29 Mac 2023.

 

Kekosongan kursus adalah terhad. Keputusan rayuan adalah muktamad, tertakluk kepada budi bicara Pengerusi Rancangan. Pautan borang rayuan pendaftaran kursus kokurikulum, Semester 2, 2022/2023 boleh didapati di sini: https://forms.gle/QVxvU54Dce491JSZ8

 

Bagi kes pengguguran kursus, pelajar dibenarkan menggugurkan kursus bermula dari 27 MAC 2023 – 7 MEI 2023. Pengguguran kursus tidak dibenarkan selepas tempoh tersebut.

 

Pengguguran kursus (27 – 31 MAC 2023 - TIADA DENDA) - BAGI KURSUS TIDAK BERPAKEJ, PENGGUGURAN BOLEH DIBUAT MENERUSI SISTEM CAMPUS ONLINE MASING-MASING. BAGI KURSUS BERPAKEJ PENGGUGURAN HENDAKLAH DIBUAT MENERUSI GOOGLE FORM: https://forms.gle/Ja9mmky2TNy3Zwth9

 

Pengguguran Kursus (SELEPAS 31 MAC 2023 – 7 MEI 2023 - DENDA RM50.00) PENGGUGURAN UNTUK SEMUA KURSUS DIBUAT MENERUSI GOOGLE FORM: https://forms.gle/Ja9mmky2TNy3Zwth9

 

TIADA PENGGUGURAN KURSUS DIBENARKAN SELEPAS 7 MEI 2023.

 

Sekian, terima kasih. 

(Tarikh dimasukkan: 20 Mac 2023 - Dr.Azam)
 

Continue Reading