Skip to main content

Pusat Rancangan Ko-kurikulum USM Kejuruteraan

Makluman Terkini

TERKINI: PENGGUGURAN DAN RAYUAN PENDAFTARAN KURSUS KOKURIKULUM KAMPUS KEJURUTERAAN SEM 1, 2024/2025  

KEPADA:

Semua Pelajar Ijazah Sarjana Muda

Kampus Kejuruteraan

Universiti Sains Malaysia

 

Banner_Rayuan_Kok_Sem_1_20242025.png

 

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera, 

Untuk makluman, RAYUAN kursus kokurikulum  bagi Semester 1, Sidang Akademik 2024/2025 boleh dibuat bermula dari jam 0900, 16 OKT 2024 sehingga jam 1700, 16 OKT 2024. Rayuan hanya dibuka kepada pelajar Tahun 2, 3 dan 4 sahaja!

Kekosongan kursus adalah terhad. Keputusan rayuan adalah muktamad, tertakluk kepada budi bicara Pengerusi Rancangan. Pautan borang rayuan pendaftaran kursus kokurikulum, Semester 1, 2024/2025 boleh didapati di sini: https://forms.gle/K9feT6n1M5hE7kWj7

Bagi kes PENGGUGURAN KURSUS, pelajar dibenarkan menggugurkan kursus bermula dari  14 OKT 2024 – 22 NOV 2024. Pengguguran kursus tidak dibenarkan selepas tempoh tersebut.

Pengguguran kursus (14 OKT 2024 – 18 OKT 2024 - TIADA DENDA) - BAGI KURSUS TIDAK BERPAKEJ, PENGGUGURAN BOLEH DIBUAT MENERUSI SISTEM CAMPUS ONLINE MASING-MASING. BAGI KURSUS BERPAKEJ PENGGUGURAN HENDAKLAH DIBUAT MENERUSI GOOGLE FORM: https://forms.gle/rVJ7xd6zrcNJoqJc6

Pengguguran Kursus (SELEPAS 18 OKT 2024 – 22 NOV 2024 - DENDA RM50.00) PENGGUGURAN UNTUK SEMUA KURSUS DIBUAT MENERUSI GOOGLE FORM: https://forms.gle/rVJ7xd6zrcNJoqJc6

PENGGUGURAN KURSUS TIDAK DIBENARKAN SELEPAS 22 NOV 2024.

Sekian, terima kasih. 

(Tarikh dimasukkan: 4 Okt 2024 - Dr. Azam)
 
 
TERKINI: E-DAFTAR KURSUS KOKURIKULUM  KAMPUS KEJURUTERAAN SEM 1, 2024/2025 
 
Kepada:
Semua Pelajar Ijazah Sarjana Muda 
Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
 
Banner E Daftar Kok Sem 1 20242025
 
 
  
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera, 
 
Untuk makluman pelajar, kursus kokurikulum bagi Semester 1, Sidang Akademik 2024/2025, pendaftaran akan dibuka melalui sistem E-Daftar Campus Online pada 2 Oktober 2024 (Rabu) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja.
 
Pelajar hanya boleh mendaftar kursus kokurikulum yang ditawarkan di Kampus Kejuruteraan. Pelajar juga boleh menyemak Senarai Penawaran Kursus Kokurikulum yang telah disediakan.
 
 
Informasi terkini berkaitan kursus kokurikulum boleh didapati di laman Facebook @USMKokEngineering. Justeru, semua pelajar digalakkan mengikuti laman tersebut.
 
Sebarang isu berkaitan dengan pendaftaran kursus, sila berhubung dengan Puan Shafaridah binti Samsudin (Tel: 04-5995097).
 
Sekian, terima kasih.
 
 
IMPORTANT: Online cocurriculum course registration Sem 1, 2024/2025
 
International students, kindly click here.
 
(Tarikh dimasukkan: 13 Sept 2024 - Dr. Azam) 
 
 

TERKINI: TAKLIMAT KURSUS KOKURIKULUM & SESI PENYERAHAN PELAJAR KAMPUS KEJURUTERAAN SEM 2, 2023/2024  

Untuk makluman kepada para pelajar yang telah mendaftar kursus kokurikulum bagi Semester 2, Sidang Akademik 2023/2024, satu sesi taklimat & penyerahan pelajar kepada instruktor kursus terlibat akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 15 April 2024, Isnin

Lokasi: Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM

Masa: 5.00 - 7.00 Petang

Kod Pakaian: Mengikut garis panduan pemakaian yang dikeluarkan oleh pihak universiti

Kehadiran para pelajar yang terlibat adalah WAJIB.

Sekian, terima kasih.

 

BANNER TAKLIMAT KOK SEM 2 20232024 

To international students:

Briefing and Hand Over Session to Coccurriculum Intructors Semester 2, 2023/2024.

Date: 15 April 2023, Monday

Venue: Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM

Time: 5.00 - 7.00 PM

Attendance with valid university dress code is compulsory!

 

(Tarikh dimasukkan: 13 April 2024 - Dr. Azam)