Pusat Rancangan Kokurikulum
Sekapur Sireh
Makluman Terkini
TERKINI: TAKLIMAT KURSUS KOKURIKULUM & SESI PENYERAHAN PELAJAR KAMPUS KEJURUTERAAN SEM 1, 2024/2025
Untuk makluman kepada para pelajar yang telah mendaftar kursus kokurikulum bagi Semester 1, Sidang Akademik 2024/2025, satu sesi taklimat & penyerahan pelajar kepada instruktor kursus terlibat akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 24 Oktober 2024, Khamis
Lokasi: Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM
Masa: 5.00 - 7.00 Petang
Kod Pakaian: Mengikut garis panduan pemakaian yang dikeluarkan oleh pihak universiti
Kehadiran para pelajar yang terlibat adalah WAJIB.
Sekian, terima kasih.
To international students:
Briefing and Hand Over Session to Coccurriculum Intructors Semester 1, 2024/2025.
Date: 24 October 2024, Thursday
Venue: Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM
Time: 5.00 - 7.00 PM
Attendance with valid university dress code is compulsory!
(Tarikh dimasukkan: 18 Oct 2024 - Dr. Azam)
TERKINI: PENGGUGURAN DAN RAYUAN PENDAFTARAN KURSUS KOKURIKULUM KAMPUS KEJURUTERAAN SEM 1, 2024/2025
KEPADA:
Semua Pelajar Ijazah Sarjana Muda
Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Untuk makluman, RAYUAN kursus kokurikulum bagi Semester 1, Sidang Akademik 2024/2025 boleh dibuat bermula dari jam 0900, 16 OKT 2024 sehingga jam 1700, 16 OKT 2024. Rayuan hanya dibuka kepada pelajar Tahun 2, 3 dan 4 sahaja!
Kekosongan kursus adalah terhad. Keputusan rayuan adalah muktamad, tertakluk kepada budi bicara Pengerusi Rancangan. Pautan borang rayuan pendaftaran kursus kokurikulum, Semester 1, 2024/2025 boleh didapati di sini: https://forms.gle/K9feT6n1M5hE7kWj7
Bagi kes PENGGUGURAN KURSUS, pelajar dibenarkan menggugurkan kursus bermula dari 14 OKT 2024 – 22 NOV 2024. Pengguguran kursus tidak dibenarkan selepas tempoh tersebut.
Pengguguran kursus (14 OKT 2024 – 18 OKT 2024 - TIADA DENDA) - BAGI KURSUS TIDAK BERPAKEJ, PENGGUGURAN BOLEH DIBUAT MENERUSI SISTEM CAMPUS ONLINE MASING-MASING. BAGI KURSUS BERPAKEJ PENGGUGURAN HENDAKLAH DIBUAT MENERUSI GOOGLE FORM: https://forms.gle/rVJ7xd6zrcNJoqJc6
Pengguguran Kursus (SELEPAS 18 OKT 2024 – 22 NOV 2024 - DENDA RM50.00) PENGGUGURAN UNTUK SEMUA KURSUS DIBUAT MENERUSI GOOGLE FORM: https://forms.gle/rVJ7xd6zrcNJoqJc6
PENGGUGURAN KURSUS TIDAK DIBENARKAN SELEPAS 22 NOV 2024.
Sekian, terima kasih.