Kata-kata Aluan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, 

Saya dan seluruh warga staf Pusat Rancangan Kokurikulum (PRK), Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia ingin mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran anda sebagai siswa-siswi USM di kampus ini untuk meneruskan sesi pengajian masing-masing bagi Semester I, Sidang Akademik 2017/2018.

    

 

Selain mengikuti kursus akademik dalam jurusan pengajian masing-masing yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian, kursus kokurikulum berkredit yang ditawarkan oleh PRK menjanjikan anda pengalaman dan suasana pembelajaran yang lebih menarik kerana anda akan dilibatkan dengan aktiviti dan kelas di luar bilik kuliah. Di sini, anda berpeluang untuk menimba ilmu dan kemahiran baru berdasarkan pelbagai teras yang ditawarkan seperti sukan, kebudayaan, kesukarelawan, keusahawanan, kelestarian, daya usaha dan inovasi serta pengucapan awam. Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin untuk mengasah bakat dan kemahiran yang anda minati, mengenali rakan baru yang terdiri daripada pelbagai bidang dan juga memupuk nilai kemahiran insaniah (KI) serta jati diri di dalam diri anda yang merangkumi sikap hormat-menghormati, kepimpinan, semangat kerjasama berkumpulan, disiplin, kemahiran komunikasi, pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya.

 

Saya dan warga staf PRK sentiasa bersedia untuk membantu anda berhubung dengan pendaftaran kursus pada awal semester, pengguguran kursus, pengelolaan aktiviti pembelajaran dan aktiviti berkaitan dengan kursus kokurikulum berkredit bagi tujuan pengijazahan yang berdasarkan Outcome Based Education (OBE).

 

Sekiranya, anda mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan dengan kursus kokurikulum yang ditawarkan, sila berhubung dengan warga staf PRK dengan mengunjungi kami di pejabat.

 

Sekian, terima kasih.

 

MEJAR (K) DR. MOHD SALMAN BIN ABU MANSOR PSSTUDM

PENYELARAS 

PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM 

KAMPUS KEJURUTERAAN

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI